sekapur sireh

Assalamualaikum semua… 🙂

Blog ini ditubuhkan untuk memperkenalkan salah satu baju tradisional bangsa Melayu yang masih digunakan sehingga kini iaitu baju kebaya. Seperti yang kita semua tahu, baju kebaya bukan sahaja digunakan atau dipakai oleh orang melayu sahaja, malah bangsa lain turut memperagakan baju kebaya ini. Baju kebaya ini amat berlainan dengan pakaian-pakaian lain kerana berbeza dari segi corak, reka bentuk dan banyak lagi. Blog ini  juga ditubuhkan untuk mengekalkan pakaian ini dari hilang ditelan zaman . Untuk mengetahui maklumat tentang baju kebaya ini dengan lebih mendalam, sudi-sudilah melawat blog ini. Saya akan kemaskini maklumat tentang baju kebaya ini dari semasa ke semasa..

diharap blog ini dapat menarik hati semua………

Advertisements