Jenis Baju Kebaya

seperti yang kita tahu baju kurung mempunyai pelbagai jenis reka bentuk di Malaysia ini. Begitu juga dengan baju kebaya. Mungkin ada yang tidak tahu atau yidak kenal dengan semua jenis baju kebaya yang ada di Malaysia ini. Antara baju kebaya yang telah dihasilakan ialah Baju Belah Kebaya Panjang, Kebaya Kota Bharu, Kebaya Riau Pahang, Kebaya Nyonya, Kebarung, Kebaya Chitty, Kebaya songket, Kebaya Saloma dan kebaya-kabaya lain.

Baju Belah Penjang

Baju belah panjang ini masih lagi bersifat ‘mengurungkan’ anggota badan. Potongannya labuh sehingga ke buku lali. Cuma bezanya baju ini  berbelah dan berpesak di hadapan baju ini. Biasanya baju ini dipakai sebagai pakaian di luar rumah atau upacara rasmi. Baju belah panjang ini amat terkenal di Melaka, Perak, Selangor dan Kedah-Perlis. Baju kebaya belah ini kemudiannya dikenali sebagai baju panjang dan kebaya panjang. Tradisi ini telah berkembang menjadi kebaya dan bertangan panjang serta berpesak lurus di hadapan, berkekek dan berbelah dada yang ditutup dengan kancing atau kerongsang tiga sebagai hiasan.

Kebaya Kota Bharu

Kebaya ini namakan Kebaya Kota Bharu kerana kebaya ini secara tradisinya dipakai wanita-wanita Kota Bharu dan Kelantan. Apa yang membezakan kebaya Kota Bharu dan kebaya-kebaya lain yang terdapat di Malaysia adalah dibahagian depan dada baju kebaya tersebut ia mempunyai kancing. kebaya kota bharu ini juga hampir sama dengan kebaya di pulau Jawa terutama di kota Bandung yang di panggil Kebaya Kutu Baru.

Kebaya Riau Pahang

Di Pahang pula, baju kebayanya dikenali sebagai baju Riau Pahang atau dipanggil Kebaya Turki. Perbezaan Kebaya ini dengan Kebaya lain yang terdapat di Malaysia adalah baju kebaya riau mempunyai leher berkolar dan berkancing seperti baju kurung cekak musang tetapi bahagian hadapannya juga berbelah seperti baju kebaya yang lain malah turut digunakan kerongsang di bawah kancingnya yang berbutang itu.

Kebaya Nyonya

Fabrik yang biasa digunakan untuk membuat kebaya Nyonya dinamakan kasa rubia. Kain tenunan kosong ini bersifat jarang, ringan dan diperbuat daripada benang pintal yang halus. Benang yang digunakan untuk menjahit fabrik biasanya benang sulaman mesin daripada kapas, sutera atau polister. Pada zaman dahulu, fabrik dan benang yang digunakan untuk membuat Kebaya Nyonya adalah daripada jenis yang bermutu paling tinggi dan diimport dari Eropah dan sesuai dengan status Nyonya.

Kebarung

Perkataan kebarung merupakan gabungan singkatan perkataan baju kebaya dan baju kurung. Busana ini berasal dari Negeri Selangor ini amat popular dan diminati pada awal 90-an.

Kebaya Chitty

Seperti wanita Selat atau Nyonya Cina, Kaum India Chitty juga mempunyai kebaya tersendiri.  Terdapat beberapa perbezaan di antara kebaya yang dipakai oleh Peranakan India dan Cina. Kebaya Chitty biasanya menggunakan bahan legap untuk membuat kebaya mereka, berbanding kebaya Nyonya yang lebih suka kain separa telus. Kebaya Chitty juga cenderung untuk plainer, dengan sulaman halus atau tiada langsung . Tidak seperti Nyonya kebaya, yang sering dihiasi dengan jahitan yang agak teliti dan halus. Satu lagi perbezaan adalah bahawa wanita Chitty juga memakai kebaya labuh (kebaya panjang) serta kebaya pendek (kebaya hip-panjang digemari oleh Nyonya).

5 thoughts on “Jenis Baju Kebaya

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s